MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2020 MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG)

Putrajaya, 13 Februari - YB Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) menzahirkan penghargaan kepada semua Ketua Jabatan dan warga kerja atas komitmen dan kerja keras menjayakan amanah yang dipertanggungjawabkan sepanjang tahun 2019. Beliau berharap agar pada tahun 2020, semua warga kerja di bawah Kluster Kehakiman dan Perundangan bersedia untuk tugasan yang lebih rumit dan mencabar, serta memulakan kembali langkah dan landasan baharu melalui Wawasan Kemakmuran Bersama yang bertunjangkan pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan, serta pembentukan sebuah negara yang bersatu, makmur dan bermaruah menjelang 2030.

Menurut beliau lagi, ‘rule of law’ serta tadbir urus yang baik merupakan pemacu kepada pembangunan sosial dan ekonomi manakala reformasi politik, sosial dan ekonomi masyarakat moden membawa bersama cabaran dan peluang yang memerlukan respons secara kolektif berpandukan kedaulatan undang-undang.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, urusan penggubalan, pindaan dan pemansuhannya adalah menjadi fokus utama beliau. Tahun 2020 ,beberapa tugasan penting telah dirancang untuk dilaksanakan. Antaranya adalah pembaharuan undang-undang, perkara berkaitan hak asasi manusia dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan.

Majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tuan Mohamed Hanipa Maidin dan melibatkan kira-kira 300 penyertaan di bawah Kluster Pengurusan Kehakiman dan Perundangan merangkumi BHEUU, Jabatan Insolvensi Malaysia, Jabatan Bantuan Guaman, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan, Bahagian Perlindungan, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Lembaga Penasihat, Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Parlimen Malaysia dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia.

1

Amanat Tahun Baharu 2020 disampaikan oleh YB Datuk Liew Vui Keong , Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

2

 

  

3

 Warga agensi yang hadir dibawah portfolio YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) semasa Majlis Amanat Tahun Baharu 2020

 

4

 Sesi bergambar bersama YB Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI