• Home
  • Archives
  • News
  • 2015-2014
  • MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1436H/2015M

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1436H/2015M

PUTRAJAYA, 3 Januari 2015 : Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M bertemakan 'Perpaduan Nadi Transformasi Negara' telah berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya pada 3 Januari 2015. Sambutan ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sambutan ini disertai oleh 149 kontinjen membabitkan pasukan Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun, Swasta, Badan Beruniform, Sekolah-Sekolah, Institut Pengajian Tinggi dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Seramai 100 orang peserta kontinjen dari Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang diketuai oleh Encik M Kamroldin bin Hitam, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), BHEUU menyertai perarakan tersebut.

Peserta-peserta telah berkumpul seawal jam 6.00 pagi untuk solat subuh berjemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Peserta  lelaki berarak sambil berselawat sejauh 1.8 kilometer bermula di hadapan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Persiaran Perdana menuju ke Masjid Putra. Program sambutan tahunan yang dianjurkan ini bertujuan untuk memperingati hari kebesaran ini. Program ini diadakan untuk memberikan pendedahan umat Islam secara amnya mempertingkatkan rasa cinta,  memahami dan mengambil iktibar dari sirah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W serta mempraktikkan segala amalan yang diamalkan oleh Baginda dalam kehidupan seharian.

01 Maulidur

Peserta kontinjen lelaki

02 Maulidur

 

Peserta kontinjen perempuan

03 Maulidur

04 Maulidur

Peserta kontinjen berarak menuju ke Masjid Putra

05 Maulidur