PERTANDINGAN CABARAN BIJAK BAHASA SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2014 PERINGKAT BHEUU
Putrajaya, 21 Oktober – YBhg. Dato’ Nursiah binti Arshad, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) menekankan bahawa Bahasa Kebangsaan adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, budaya dan bahasa ibunda. Ia adalah wahana perpaduan yang penting dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Menurut beliau, dengan menggunakan satu bahasa, ia dapat memupuk dan menyuburkan perasaan kebersamaan antara rakyat dan sekaligus melupakan perbezaan. Beliau berkata demikian ketika melaksanakan Majlis Penutup Cabaran Bijak Bahasa 2014 di sini hari ini.
YBhg. Dato’ Nursiah juga menyampaikan pemenang Cabaran Bijak Bahasa kepada Kumpulan dari Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) bagi tempat pertama dan kedua manakala tempat ketiga milik Kumpulan dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG).
Ucapan Perasmian Penutup oleh YBhg. Dato’ Nursiah Arshad , Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
YBhg. Dato’ KP BHEUU, KP MdI dan TKP (SIvil) JBG bersama-sama memeriahkan Cabaran Bijak Bahasa 2014
Barisan hakim daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
YBhg. Dato’ Nursiah Arshad, Ketua Pengarah BHEUU menyampaikan cenderahati kepada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahniah kepada Johan Cabaran Bijak Bahasa 2014 daripada Jabatan Insolvensi Malaysia
Naib Johan Cabaran Bijak Bahasa 2014 daripada Jabatan Insolvensi Malaysia
Tempat Ketiga Cabaran Bijak Bahasa 2014 daripada Jabatan Bantuan Guaman
Aksi para peserta Cabaran Bijak Bahasa 2014