YB HAJAH NANCY SHUKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DALAM SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA DI RTM 1

Kuala Lumpur, 12 September – YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengambil pendirian menggunakan mekanisme keseimbangan dalam menangani isu hak kebebasan bersuara di samping melindungi hak majoriti rakyat. Kebebasan bersuara ada batasan yang perlu dipatuhi.
Beliau berkata sebarang akta yang akan dipinda/gubal perlu bersesuaian dengan keadaan semasa. Rakyat perlu faham prinsip sesuatu akta diadakan, tujuannnya serta hasrat akta digubal. Dengan memahami perkara ini, hasrat melindungi hak majoriti rakyat akan diberi perhatian.
“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan tidak mahu rakyat rasa tergugat dan terancam”, kata beliau. Beliau berkata demikian semasa ke udara dalam slot Selamat Pagi Malaysia di sini hari ini ketika ditemubual sama ada Akta Hasutan dimansuhkan atau tidak. Turut hadir mengiringi YB Hajah Nancy Shukri ialah YBhg. Dato’ Nursiah binti Arshad, Ketua Pengarah BHEUU.

 

1YB NANCY DALAM SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA

YB Hajah Nancy Shukri semasa ditemubual oleh pengacara Selamat Pagi Malaysia, RTM 1

 

2YB NANCY DALAM SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA

 

3YB NANCY DALAM SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA

YB Hajah Nancy Shukri dan YBhg. Dato’ Nursiah Arshad, KP BHEUU bersama pengacara
Selamat Pagi Malaysia, RTM 1

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI