BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.01/2019

Putrajaya, 06 Mac - YBhg. Datuk Seri Jalil Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU berkata sebagai penjawat awam seseorang perlu mempunyai motivasi dalaman atau motivasi intrisik untuk menjadi kompeten, pandai dan cekap dalam melaksanakan tugas bagi meningkatkan semangat bekerja. Motivasi intrisik mendorong seseorang terus cekal melaksanakan tugas dan tanggugjawap dengan penuh amanah.

Beliau menambah, motivasi perhubungan ; iaitu mementingkan hubungan baik dan mesra dengan orang lain amat penting untuk menghasilkan produktiviti. Beliau berkata menurut Mc Clelland, pemimpin yang berjaya adalah mereka yang mempunyai kawalan diri.

Beliau berkata jadikanlah hari-hari itu sebagai hari yang menyeronokkan. Adalah penting semua pekerja menjadi relevan kepada sesebuah organisasi. Untuk menjadi releven, pengetahuan mengenai tugas adalah penting.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Seri Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.01/2019

 

4

Tahniah kepada Puan Rozilah Binti Azhar ,Pegawai Penyelidik, Q41 daripada Seksyen Dasar sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Januari 2019

 

5

Tahniah kepada Puan Siti Marni Binti Marsin ,Pegawai Tadbir Diplomatik, M41 daripada Seksyen Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Februari 2019

 

6

Tahniah kepada Encik Mohd Fariz Bin Abd Rashid, Pembantu Operasi , N19 daripada Seksyen Dasar sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Kumpulan Pelaksana bagi bulan Januari 2019

 

7

Tahniah kepada Encik Ahmad Syakir Bin Harun, Pembantu Operasi, N11 daripada JBG Cawangan Taiping, sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Januari 2019

 

8

Tahniah kepada Puan Norazliza Binti Saliman, Pembantu Tadbir, N19 daripada JBG Ibu Pejabat, sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Februari 2019

 

9

Pelancaran Portal Intranet BHEUU oleh YBhg. Datuk Seri Jalil Bin Marzuki

 

10

Tahniah kepada Puan Rahmath Nisa Binti Segu Alavudin bagi memenangi peminjam buku terbanyak untuk bulan Julai sehingga Disember 2018