BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 9/2018

Putrajaya, 29 September - YBhg. Dato’ Umar Saifuddin bin Jaafar, Ketua Pengarah Insolvensi menyeru semua warga kerja BHEUU, JBG dan MdI tanpa mengira agama dan bangsa bersama-sama mengutamakan keadilan dan meninggalkan apa jua unsur-unsur yang membawa kepada kezaliman. Beliau menambah, warga kerja yang menjalankan amanah, perlu berani untuk berhijrah dan memulakan transformasi dalam mencapai budaya kerja yang telus dan cekap.

Beliau menekankan, dalam melakukan apa sahaja tanggungjawap yang diberikan, seseorang itu perlu melakukannya dengan bersungguh-sungguh dengan niat tulus ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. Beliau berkata seseorang perlu berasa malu jika gagal untuk menjalankan amanah yang diberikan.

Beliau menyeru kepada semua warga kerja untuk menanam dalam diri masing-masing budaya yang mulia dan meninggalkan sebarang budaya yang membawa kepada kemunduran. Beliau berharap dengan mengamalkan budaya positif dalam diri masing-masing kehidupan harian dan negara akan menjadi aman dan makmur.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Dato’ Umar Saifuddin bin Jaafar, Ketua Pengarah MdI

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.9/2018

 

4

Tahniah kepada Puan Izyan Aziza Binti Ismail @ Aziz, Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 daripada Seksyen Pembangunan sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Ogos 2018

 

5

Tahniah kepada Puan Faizah Binti Md Isa, Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N22 (KUP) Daripada Seksyen Pembangunan sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Ogos 2018

 

6

Tahniah kepada para pemenang bagi Pertandingan Sukan Rakyat 2018, anjuran kelab sukan dan kebajikan (KSK)

 

7

Tahniah kepada Ahli Pasukan Keselamatan Kebakaran Bangunan (PKKB) bagi Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Keselamatan Kebakaran (PKK) Di Bangunan Agensi Kerajaan Dan Swasta Tahun 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya

 

8

Tahniah kepada Siti Shafarazat binti Mohamed Shaharin daripada JBG pemenang tempat ke pertama dalam pertandingan Kuiz Kemerdekaan anjuran Unit Pusat Sumber BHEUU

 

9

Tahniah kepada Encik Zakaria bin Ismail daripada Seksyen Pengurusan Maklumat BHEUU pemenang tempat ke dua dalam pertandingan Kuiz Kemerdekaan anjuran Unit Pusat Sumber BHEUU

 

10

Tahniah kepada Puan Fara Wahida binti Hamdan Daripada Bahagian Khidmat Pengurusan MdI pemenang tempat ke tiga dalam pertandingan Kuiz Kemerdekaan anjuran Unit Pusat Sumber BHEUU

 

11

Tahniah kepada Encik Mohd Izdihar bin Mohd Ali daripada BHEUU pemenang tempat ke empat dalam pertandingan Kuiz Kemerdekaan anjuran Unit Pusat Sumber BHEUU

 

12

Sesi Penyerahan Sijil Pelantikan Ahli AKRAB BHEUU