Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil3/2017

Putrajaya, 14 Mac – YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman mengingatkan semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG supaya berhati-hati menggunakan kemudahan media sosial. Ini kerana berjuta-juta orang menggunakan media sosial pada masa kini iaitu melalui Facebook, Twitter dan lain-lain. Ini kerana dibimbangi warga kerja BHEUU, MdI dan JBG turut terheret dalam penyebaran berita palsu dan fitnah.

Beliau berkata semua warga kerja perlu menggunakan media sosial secara berhemah. Kedudukan sebagai penjawat awam memerlukan ketaatan kepada Kerajaan masa kini (government of the day). Tambahan pula dari segi imej Kerajaan, penjawat awam tidak boleh memperlekehkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya tidak sependapat dengan Kerajaan, penjawat awam boleh memberi cadangan melalui saluran yang betul. Beliau menambah setiap penjawat awam bertanggungjawab dan perlu amanah dalam menjaga imej Kerajaan.

“Perbuatan menularkan imej-imej tertentu dibimbangi boleh mengancam keselamatan Negara,” tambah beliau. Beliau mengingatkan semua warga kerja BHEUU, MdI dan JBG bahawa jika didapati bersalah menularkan imej-imej yang boleh menggugat keselamatan Negara, tindakan tatatertib boleh dikenakan ke atas sesiapa yang menularkan imej-imej palsu atau fitnah.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman.

 2

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa
Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.3/2017.


3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.3/2017.

 

4

Puan Ismi Azura Istear Khan dari Perbadanan Putrajaya menyampaikan Taklimat Kesedaran Kitar Semula.