PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.11/2016

Putrajaya, 15 November 2016 –YBhg. Datuk Haini Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG) berkata bajet tahun 2017 masih lagi merupakan bajet yang mengekalkan konsep perbelanjaan yang berhemah. “Cermat masa banyak, jimat masa sedikit”. Iaitu hendaklan berjimat cermat dan jangan lakukan pembaziran.

Beliau berkata, pengurusan kewangan yang baik hasil dari pengurusan perbelanjaan yang berhemah dan efisien akan membolehkan organisasi berjalan dan beroperasi dengan sempurna dan lebih cemerlang. Bagi mendapatkan pengurusan kewangan yang baik dan efisien, perancangan awal hendaklah dibuat dengan teliti dan mengikut keutamaan serta mengikut peraturan kewangan yang ditetapkan.

Beliau mengingatkan sebarang perubahan, pertambahan dan peluasan aktiviti atau program yang tidak dirancang atau menyimpang dari perancangan asal, akan mengakibatkan perbelanjaan mengurus meningkat.

Beliau menyarankan seluruh warga kerja memberi kerjasama kepada pihak pengurusan atasan dalam melaksanakan perbelanjaan berhemah.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU, JBG dan MdI di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini binti Hassan,
Ketua Pengarah JBG

 

2

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.11/2016

 

4

Tahniah kepada Puan Nabawiyah binti Zainol,
Pembantu Operasi di Unit Komunikasi Korporat sebagai Pekerja contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Oktober 2016

5

Tahniah kepada Puan Marina binti Ahmad Taib @ Mior Abd. Karim,
Penolong Pegawai Undang-Undang di Cawangan MdI Taiping, Perak sebagai Pekerja contoh Bulanan MdI bagi bulan Oktober 2016

 

6

7

Tahniah kepada pemenang bola tampar anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan(KSK), BHEUU