PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.10/2017

Putrajaya, 16 November – YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah JBG berkata semua warga kerja perlu menerbitkan rasa seronok bekerja agar kehidupan seharian menjadi ceria dan gembira. Setiap pekerjaan yang dilakukan harus dijadikan cabaran supaya kemahiran dapat ditingkatkan.

Keseronokan bekerja dapat meningkatkan produktiviti. Keseronokan bekerja juga banyak dipengaruhi oleh sikap seseorang terhadap pekerjaan.

Beliau menambah setiap pekerja bukan sahaja harus mempunyai tekad untuk memberi perkhidmatan yang jujur dan cemerlang, tetapi harus menanam sikap ingin memperbaiki kerja dengan meningkatkan kemahiran. Beliau juga mengingatkan keinginan mencuba idea baru atau cara baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Daya kreatif seseorang dapat ditingkatkan dengan pendedahan terhadap perkembangan baru dalam bidang kerjaya.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan Bheuu di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman

 

2

 Pegawai dan Kakitangan BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.10/2017

 

3

Tahniah kepada Puan Syahidah Binti Ahmad Jamalluddin , Pegawai Tadbir dan Diplomatik (M41) dari Seksyen Dasar yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Oktober 2017

 

4

Tahniah kepada Puan Sharifah binti Saad , Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N22) dari Seksyen Pengurusan Sumber Manusia yang dipilih sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan Oktober 2017

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI