PROGRAM MALAYSIA PRIHATIN DAERAH SIK DAN BALING, KEDAH

Sik, 11 April – Program Malaysia Prihatin Daerah Sik dan Baling, Kedah telah diadakan pada 11 April 2021 (Ahad) bertempat di Dewan Wawasan Gemilang, Sik, Kedah. Peserta terdiri daripada pengetua dan guru sekolah sekitar Sik dan Baling, Kedah terlibat dalam menjayakan program ini.

Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang). Pada program ini, YB Menteri telah menyampaikan taklimat mengenai strategi pengurusan krisis pandemik COVID-19 dan isu-isu semasa.

Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Datuk Roziah Abudin, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, YBrs. Tuan Ahmad Shukri Shafie, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Mahamad Suhaimi Man, Pegawai Daerah Sik merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Sik dan YBrs. Tuan Hj. Mohd. Shahadan Hj. Abdullah, Pegawai Daerah Baling merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Baling.

1

YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika menyampaikan taklimat berhubung strategi pengurusan krisis pandemik COVID-19 dan isu-isu semasa

 

2

Salah seorang peserta turut mengemukakan soalan dan pandangan berhubung pengurusan COVID-19 dalam tempoh Darurat Memerangi COVID-19

 

3

Turut hadir dalam program Malaysia Prihatin Daerah Sik dan Baling ini ialah YBhg. Datuk Roziah Abudin, Ketua Pengarah BHEUU (kiri), YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) (tengah) dan YBrs. Tuan Ahmad Shukri Shafie, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (kanan)

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI