MAJLIS RAMAH MESRA YANG BERHORMAT MENTERI DAN YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI BERSAMA WARGA KLUSTER PENGURUSAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN JABATAN PERDANA MENTERI

Putrajaya, 18 Jun - Majlis Ramah Mesra Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri berlangsung meriah yang diadakan di Lobi dan Laman Hijau Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang pada 18 Jun 2019 (Selasa). Ia dihadiri kira-kira seribu orang warga kerja kluster pengurusan kehakiman dan perundangan serta tetamu jemputan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri serta timbalan beliau, Yang Berhormat Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin dan isteri. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Junaidah Kamarruddin, Ketua Pengarah BHEUU, Yang Berbahagia Datuk Haini Hassan, Ketua Pengarah JBG, Yang Berbahagia Dato’ Anas Ahmad Zakie, Ketua Pengarah MdI, Yang Berbahagia Dato’ Anita Haji Harun, Ketua Pengarah ILKAP dan Yang Berusaha Tuan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

Lapan agensi di bawah Kluster Pengurusan Kehakiman dan Perundangan bergabung menjayakan majlis ini di bawah penyelarasan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU). Agensi terlibat ialah Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bahagian Perlindungan (BP), Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP), Lembaga Penasihat (LP) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP).

Pelbagai juadah seperti kambing golek, nasi tomato, sate, ketupat, ayam bakar, laksa, pulut durian serta manisan dan minuman disajikan. BHEUU dalam pada itu telah memenangi pertandingan gerai terbaik, manakala MdI mendapat tempat kedua dan JBG ketiga.

1

Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) ketika menyampaikan ucapan

 

2

  

3

 

4

 Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hal Ehwal Parlimen) dan isteri serta timbalan beliau Yang Berhormat Tuan Hanipa Maidin dan isteri turut meluangkan masa beramah mesra bersama warga kerja Kluster Pengurusan Kehakiman dan Perundangan

 

5

 BHEUU memenangi tempat pertama dalam “Pertandingan Gerai Terbaik”