BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 7/2018

Putrajaya, 24 Julai - YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU menyarankan warga kerja BHEUU, JBG dan MdI untuk mengorbankan masa dan tenaga bagi meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Beliau juga berkata semua warga kerja perlu memberikan komitmen dalam meningkatkan mutu kerja.

Menurut beliau, komitmen yang tinggi membawa kepada kecemerlangan perkhidmatan. Beliau mengingatkan semua warga kerja bahawa berkorban tenaga dan masa serta mengamalkan nilai-nilai hidup yang murni secara konsisten akan membuahkan hasil kerja yang baik.

Beliau mengingatkan bahawa warga kerja BHEUU, JBG dan MdI adalah sebahagian daripada penjawat awam yang merupakan tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Beliau menambah, adalah menjadi keutamaan warga kerja untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan masing-masing untuk terus menyumbang kepada bangsa dan negara.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

  

3

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.7/2018

 

4

Tahniah kepada Puan Nurhanim Binti Mohamed Daud, Pegawai Undang- undang, L44 daripada Unit Undang-undang sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi bulan Jun 2018

 

5

Tahniah kepada Encik Khairul Anwar Bin Salleh, Pembantu Tadbir (P/O),N19 daripada Unit Undang-undang sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Jun 2018

 

6

Tahniah kepada Puan Siti Zaleha Binti Mohd Salji, Penolong Pegawai Undang-undang,L29 daripada JBG Ibu Pejabat sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Jun 2018

 

7

Tahniah kepada Encik Mohd Kamarulakmal bin Anuar, Pembantu Tadbir (P/O), N19 daripada JBG Ibu Pejabat sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Jun 2018

 

8

Tahniah kepada Puan Hasni Adura binti Abu Jabar bagi memenangi peminjam buku terbanyak untuk bulan Januari sehingga Jun 2018

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI