CERAMAH KEUTUHAN BIL.1/2016 "PALESTIN : KEMENANGAN SEMAKIN HAMPIR"

PUTRAJAYA, 30 Mac 2016Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan kerjasama Aman Palestin Berhad telah menganjurkan Ceramah Keutuhan bertajuk "Palestin : Keamanan Semakin Hampir" yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hisyam bin Sabrani.

Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei 1948 di bumi Palestin 68 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis melalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanah air mereka sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim piatu kerana kehilangan ibu bapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban dalam mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan dicabuli. Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.

Tayangan video rintihan anak Palestin telah membuka mata warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir akan kesengsaraan yang dihadapi saudara seagama kita di Bumi Palestin. Inisiatif pihak Aman Palestin Berhad membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin diharap dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.  

Adalah dianggarkan seramai 120 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah tersebut.

1

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hisyam bin Sabrani.

2

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG yang hadir semasa ceramah tersebut.

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI