KURSUS SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU)
PUTRAJAYA, 22 Mac 2016 – Kursus Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 anjuran Unit Inovasi, BHEUU telah diadakan di Dewan Harmoni, Aras 2, BHEUU pada 22 Mac 2016. Seramai 28 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan kakitangan BHEUU telah menghadiri kursus satu hari ini. Pemudahcara adalah Puan Fauziah binti Sulaiman daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan secara komprehensif mengenai amalan dan pengetahuan berhubung Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 selain memberi pendedahan terhadap keperluan audit terbaharu termasuk prosedur audit dalam dan proses dalam Sistem Pengurusan Kualiti. Selain daripada itu, kursus ini juga bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai peranan dan komitmen wakil pengurusan supaya Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Peserta-peserta Kursus Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015
Penceramah Puan Fauziah binti Sulaiman sedang memberi penerangan mengenai ISO.
Sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah Puan Fauziah binti Sulaiman oleh Encik Raffidi bin Abdullah, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia.
Sesi Bergambar Peserta-peserta Kursus Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bersama Penceramah Puan Fauziah binti Sulaiman daripada SIRIM.