PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.12/2016

Putrajaya, 5 Disember – YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU berkata tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar buat negara khususnya dari segi ekonomi. Kerajaan sedar akan kesusahan yang dialami oleh rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, kos barangan keperluan yang meningkat dan pelbagai lagi faktor - faktor yang membebankan.

Beliau berkata, atas kesedaran akan kesusahan rakyat, pelbagai langkah telah dirangka melalui Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan oktober lalu, adalah bajet yang berteraskan rakyat. Beliau menyarankan supaya warga kerja BHEUU, MdI dan JBG memanfaatkan peluang yang diberikan kepada penjawat awam dalam bajet 2017 iaitu ;

  • Kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa dipanjangkan kepada kumpulan pelaksana;
  • Peningkatan had kelayakan jumlah pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000.00 hingga RM750,000.00;
  • Menyiapkan 30 ribu unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dan lain - lain.

Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU

 

2

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa
Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.12/2016

 

4

Tahniah kepada
Puan Nor Ashekin binti Anwar, Pegawai Teknologi Maklumat F41 dari Seksyen Pengurusan Maklumat
sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU bagi bulan November 2016

5

Tahniah kepada Kumpulan Lejen dipilih sebagai johan pertandingan ICT4U Fun Race 2016

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI