LEGAL FORUM 4U & ME SIRI 2 ANJURAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI HELP

Shah Alam, 23 November 2016  –Siri kedua Legal Forum 4U & Me dengan tema “Social Media and the Community” dibawah initiatif Legal Forum 4U & Me, telah diadakan secara kolaborasi di antara Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dengan Fakulti Undang-Undang dan Kerajaan, Universiti HELP di Universiti HELP di Kampus Subang 2 pada 23 November 2016. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga telah menunjukkan komitmen bagi program ini dan menyertai usaha untuk menggalakkan dan meningkatkan kesedaran terhadap media sosial kepada para peserta yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah undang-undang Universiti HELP.

Dalam ucapan perasmian, Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ibrahim telah menekankan bahawa kebebasan bersuara seharusnya bersekali dengan tanggungjawab sosial. Beliau menjelaskan bahawa setiap individu berhak untuk mengeluarkan pendapat atau pandangan samada bersetuju atau tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, tanggungjawab dan akauntabiliti tidak harus diabaikan semasa mempraktikkan kebebasan bersuara tersebut bagi menjaga keharmonian dan kestabilan negara.

Perkongsian intelektual berhubung Social Media Talk telah diadakan dengan Dr Jaspal Kaur dari Universiti HELP yang membuat pembentangan bertajuk “The Legal Basin of Media Rights (and Responsibilities) for the Fifth Estate: A Consideration of Established and New Principles” dan diikuti oleh Encik Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan dari SKMM bagi tajuk “Revisiting Freedom of Speech in the Social Media Era”. Seterusnya bengkel bersama pelajar dan pensyarah undang-undang Universiti HELP telah diadakan untuk membincangkan dan menjana idea terhadap keperluan untuk mengawal selia media sosial.

Beliau menyarankan seluruh warga kerja memberi kerjasama kepada pihak pengurusan atasan dalam melaksanakan perbelanjaan berhemah.

1

Sesi Perasmian Legal Forum 4U & Me
[Dari kiri: YBhg. Dato’ Sri Dr. Halim Shafie, Pengerusi SKMM; YBhg. Profesor Datuk Dr. Paul Chan Tuck Hoong, Naib Canselor dan Presiden Universiti HELP;
Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri; YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU;
dan YBhg. Datin Chan Lao Kam Yoke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi HELP Education Group]

 

2

Kata-kata aluan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Paul Chan Tuck Hoong, Naib Canselor dan Presiden Universiti HELP

3

Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Dato’ Razali bin Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

4

5

Para jemputan dan peserta Legal Forum 4U & Me

6

YBhg. Profesor Datuk Dr. Paul Chan menyampaikan cenderamata kepada YB Dato’ Razali bin Ibrahim

7

Sesi bergambar bersama para jemputan dan peserta

8

YB Dato’ Razali bin Ibrahim melawat pameran oleh pelajar undang-undang Universiti HELP

9

YB Dato’ Razali bin Ibrahim melawat pameran oleh SKMM

10

Sidang Media bersama YB Dato’ Razali bin Ibrahim

11

Social Media Talk

12

13

14

Bengkel bersama para pelajar terhadap Media Sosial

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI