PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.6/2016

Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.6/2016

Putrajaya, 2 Jun – YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha, Ketua Pengarah Insolvensi mengingatkan warga BHEUU, MdI dan JBG mengenai tema Hari Pekerja 2016 iaitu “Pekerja berkemahiran, Penggerak Ekonomi”. Beliau berkata bekerja sebagai penjawat awam bukanlah semata-mata untuk diri sendiri tetapi adalah untuk negara.

Beliau menyeru warga BHEUU, MdI dan JBG supaya menggalas tugas dengan ikhlas sepenuh hati, berintegriti, perkukuh iltizam dan perkuatkan azam untuk menjadi pekerja yang berjaya demi agama, bangsa dan negara.

Beliau juga mengajak semua warga kerja mengorak langkah menggerakkan perubahan cara bekerja dan berfikir kepada cara yang lebih positif dan inovatif sejajar dengan keperluan negara. Beliau juga berkata sebagai penjawat awam kita perlu bersyukur kehadrat Allah S.W.T dan berterima kasih kepada kerajaan kerana dalam keadaan ekonomi yang mencabar kita tidak diberhentikan malahan diberi kenaikan gaji. Beliau berkata demikian semasa berucap di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL62016

Ucapan oleh YBhg. Datuk Abdul Rahman Putra bin Dato’ Haji Taha,
Ketua Pengarah Insolvensi

 

2PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL62016

3PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL62016

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan 
BHEUU Bil.6/2016

 

4PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL62016

Tahniah kepada Puan Norrita binti Abdullah,
penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Mei 2016

 

5PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL62016

Tahniah kepada Puan Masniwati binti Mhd Mastor,
penerima Anugerah Pekerja Contoh MdI bagi bulan Mei 2016

 

 

6PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL62016

Tahniah kepada Puan Ramlah binti Abu Kassim,
penerima Anugerah Pekerja Contoh JBG bagi bulan Mei 2016

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI