CERAMAH INTEGRITI ANJURAN BHEUU DENGAN KERJASAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL BHEUU - “TRANSFORMASI DIRI LEBIH MENARIK DAN BERJAYA”

Berita Terkini bullet go Ceramah Integriti Anjuran BHEUU Dengan Kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU - “Transformasi Diri Lebih Menarik dan Berjaya”

Putrajaya, 26 Mei – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil BHEUU telah menganjurkan Ceramah Integriti bertajuk “Transformasi Diri Lebih Menarik dan Berjaya”. Ceramah telah disampaikan oleh Saudara Amin Idris iaitu Master Trainer daripada Akademi Magnet Sukses Sdn. Bhd. yang juga Personaliti TV Al-Hijrah.

Objektif ceramah tersebut adalah untuk menyediakan para pegawai agar sentiasa bertindak proaktif dalam melaksanakan transformasi diri dan berusaha mengambil langkah untuk berubah menjadi lebih baik khususnya dalam pekerjaan dan kehidupan seharian. Warga BHEUU, JBG dan MdI diingatkan bahawa kejayaan yang dicipta bermula dengan langkah transformasi diri. Adalah dianggarkan seramai 130 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah tersebut.

1

Penceramah Saudara Amin Idris daripada Akademi Magnet Sukses Sdn. Bhd.

2

3

4

Antara warga BHEUU, JBG dan MdI yang hadir ke ceramah integriti.

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI