PROGRAM BULAN BAHASA - PERTANDINGAN CABARAN BIJAK BAHASA 2016

Putrajaya, 24 Oktober 2016 – YBhg. Datuk Jalil Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Cabaran Bijak Bahasa anjuran BHEUU dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini. Cabaran Bijak Bahasa 2016 merupakan program pengembangan bahasa dan sastera dalam kalangan warga kerja BHEUU, MdI dan JBG bagi menyemarakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan pengetahuan seni sastera Melayu.

Pemenang pertama Cabaran Bijak Bahasa 2016 dimenangi oleh Kumpulan Solusi dari MdI, tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Mahawangsa dari JBG dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Entiti dari MdI.

Program tersebut diadakan di Dewan Harmoni, BHEUU di sini.

1

YBhg. Datuk Jalil bin Marzuki, Ketua Pengarah BHEUU, YBhg. Dato’ Mat Aron bin Deraman, Timbalan Ketua Pengarah Insolvensi dan YBrs. Encik Mohd Yusoff Bin Aman,Timbalan Ketua Pengarah BHEUU (Pengurusan) ketika menyaksikan segmen aksi peribahasa.

 

2

Warga BHEUU, MdI dan JBG yang turut hadir menyaksikan Program Cabaran Bijak Bahasa.

 

3

Aksi peserta di segmen 1: Roda Kata

 

4

Aksi peserta di segmen 2: Sahibba Chopp

5

Aksi peserta di segmen 3: Aksi Peribahasa

 

6

Tahniah kepada kumpulan Solusi, MdI telah mendapat tempat pertama dalam Cabaran Bijak Bahasa 2016

7

Tahniah kepada kumpulan Mahawangsa, JBG telah mendapat tempat kedua dalam Cabaran Bijak Bahasa 2016

8

Tahniah kepada kumpulan Entiti, MdI telah mendapat tempat ketiga dalam Cabaran Bijak Bahasa 2016

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI