TAKLIMAT PENGENDALIAN DOKUMEN TERPERINGKAT DAN KESELAMATAN BANGUNAN

PUTRAJAYA, 30 November 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan kerjasama Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia telah menganjurkan Taklimat bertajuk “Taklimat Pengendalian Dokumen Terperingkat dan Keselamatan Bangunan”. Taklimat Keselamatan Bangunan disampaikan oleh Encik Mohd Rasyid bin Che Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Personel dan Taklimat Pengendalian Dokumen Terperingkat disampaikan oleh Encik Adzrol Hisham bin Mohamad, Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan ICT & Rahsia Rasmi dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK).

Penjawat awam kerajaan kini menghadapi pelbagai ancaman keselamatan secara fizikal mahupun di alam siber. Justeru, pihak kerajaan kini terpanggil untuk meningkatkan kesedaran di kalangan penjawat awam, terutamanya dalam aspek keselamatan perlindungan.
Dalam hal ini, Pejabat KPKK bertanggungjawab untuk merancang, merumus, menyelaras dan melaksanakan sistem kawalan keselamatan perlindungan meliputi aspek keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi. Jabatan Kerajaan juga menjadi sasaran (soft target) ancaman pelanggaran keselamatan dan dilaporkan di dalam media.
Selain daripada itu, pengendalian fail dan dokumen adalah suatu kaedah pengurusan yang perlu dilakukan dengan betul oleh setiap pegawai dan kakitangan di jabatan dan agensi kerajaan. Untuk menyumbang ke arah mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran jabatan dan agensi kerajaan tumpuan yang lebih padu terhadap seluruh proses pendokumentasian, pengurusan maklumat, dokumen, rekod dan pengendalian fail rasmi kerajaan hendaklah ditangani dengan lebih profesional.

Adalah dianggarkan seramai 120 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri sesi taklimat tersebut.

1TAKLIMAT PENGENDALIAN DOKUMEN TERPERINGKAT DAN KESELAMATAN BANGUNAN

Penceramah, Encik Mohd Rasyid bin Che Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Personel

2TAKLIMAT PENGENDALIAN DOKUMEN TERPERINGKAT DAN KESELAMATAN BANGUNAN

Penceramah, Encik Adzrol Hisham bin Mohamad, Penolong Pengarah, Bahagian Keselamatan ICT & Rahsia Rasmi dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

3TAKLIMAT PENGENDALIAN DOKUMEN TERPERINGKAT DAN KESELAMATAN BANGUNAN

Taklimat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Ketua Pengarah BHEUU dan Encik Nik Azlan bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

4TAKLIMAT PENGENDALIAN DOKUMEN TERPERINGKAT DAN KESELAMATAN BANGUNAN

Penyampaian cenderahati daripada YBhg. Datuk Ketua Pengarah BHEUU kepada Encik Nik Azlan bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

5TAKLIMAT PENGENDALIAN DOKUMEN TERPERINGKAT DAN KESELAMATAN BANGUNAN

6TAKLIMAT PENGENDALIAN DOKUMEN TERPERINGKAT DAN KESELAMATAN BANGUNAN

Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir ke ceramah keutuhan

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI