CERAMAH KEUTUHAN BIL.14/2015 'DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG'

PUTRAJAYA, 29 Oktober 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Ceramah Keutuhan bertajuk “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Khay Kim.

Pada asalnya, program Bulan Bahasa Kebangsaan ini telah diperkenalkan pada tahun 1960-an bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) pada tahun 1986-1987, Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) pada tahun 1996-2005 dan Minggu Sastera pada tahun 1987-1998. Akhirnya, pada tahun 1999, kempen ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Manakala pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sehingga kini.

Adalah dianggarkan seramai 150 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl serta wakil agensi kerajaan lain telah menghadiri ceramah tersebut.

1CERAMAH KEUTUHAN BIL142015 DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Khay Kim

 

2CERAMAH KEUTUHAN BIL142015 DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

3CERAMAH KEUTUHAN BIL142015 DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

4CERAMAH KEUTUHAN BIL142015 DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl serta wakil agensi kerajaan lain yang hadir ke ceramah keutuhan

 

5CERAMAH KEUTUHAN BIL142015 DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

 Penyampaian cenderahati daripada Ketua Pengarah BHEUU kepada Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Khay Kim

 

6CERAMAH KEUTUHAN BIL142015 DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Penyampaian cenderahati daripada Ketua Pengarah BHEUU kepada Tuan Haji Abang Patdeli bin Abang Muhi, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI