• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • CERAMAH KEUTUHAN BIL.12/2015 - "SAMURAI SIBER-ADAKAH ANDA MANGSA SETERUSNYA??"

CERAMAH KEUTUHAN BIL.12/2015 - "SAMURAI SIBER-ADAKAH ANDA MANGSA SETERUSNYA??"

PUTRAJAYA, 20 Oktober 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan kerjasama Seksyen Pengurusan Maklumat, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah menganjurkan Ceramah Keutuhan bertajuk “Samurai Siber – Adakah Anda Mangsa Seterusnya??”. Ceramah tersebut disampaikan oleh Encik Nurfitri Ali Bin Saleh dari syarikat Ofisgate Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang melaksanakan forensic keselamatan ICT.

Ceramah ini bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna betapa pentingnya pengguna mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tidak menjadi mangsa samurai siber (Hacker). Pengguna turut didedahkan dengan kejadian-kejadian pencerobohan yang telah berlaku di seantero dunia. Pihak penceramah juga berkongsi pengalaman mengadakan pengawasan keselamatan ICT di seluruh Malaysia. Ceramah ini mendapat perhatian penuh daripada pengguna apabila kebanyakan pengguna bertanyakan perihal keselamatan ICT di akhir ceramah. Turut diutarakan berkenaan media social yang menjadi trend masa kini.

Seramai 100 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl dianggarkan telah menghadiri ceramah tersebut.


01 CERAMAH ICT 2015Penceramah, Encik Nurfitri Ali Bin Saleh dari syarikat Ofisgate Sdn. Bhd.

02 CERAMAH ICT 2015

03 CERAMAH ICT 2015
Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir ke ceramah keutuhan

 

04 CERAMAH ICT 2015
 Penyampaian cenderahati kepada penceramah