RUNDINGAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN/OPEN DAY PTPTN

PUTRAJAYA, 10 & 11 September 2015 – Satu sesi rundingan pembayaran balik pinjaman PTPTN dan Open Day PTPTN telah diadakan di Bilik War Room, Aras 4, BHEUU anjuran Unit Latihan BHEUU dengan kerjasama PTPTN, One Stop Centre, cawangan Putrajaya.
Antara beberapa objektif penganjuran Open Day PTPTN ini adalah:
(i)    bagi membantu penjawat awam yang mempunyai baki pinjaman PTPTN atau untuk mendapatkan maklumat terkini daripada pihak PTPTN;
(ii)    membantu peserta memahami penstrukturan dan penjadualan pinjaman PTPTN; dan
(iii)     membolehkan warga BHEUU, JBG dan Mdl memahami kaedah/saluran untuk pembayaran balik pinjaman.


JPA telah mengeluarkan arahan supaya penjawat awam yang mempunyai baki pinjaman PTPTN dikehendaki membuat bayaran dengan kadar segera melalui pemotongan gaji bulanan. Kegagalan penjawat awam mematuhi arahan ini boleh dianggap sebagai satu salah laku ingkar perintah dan akan menjejaskan kemajuan kerjaya dari aspek kenaikan pangkat dan penempatan yang bersesuaian serta boleh dinafikan peluang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman Kerajaan yang lain seperti pembiayaan pembelian kenderaan, rumah, tanah dan sebagainya.

 

1OPEN DAY PTPTN 2015

2OPEN DAY PTPTN 2015

Warga BHEUU, JBG dan Mdl yang walk-in dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada wakil PTPTN

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI