SEMINAR IMEJ DAN PENAMPILAN DIRI

PUTRAJAYA, 28 Ogos 2015 – Unit Latihan, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, BHEUU telah menganjurkan Seminar Imej dan Penampilan Diri bertempat di Dewan Harmoni, BHEUU. Seminar sehari ini dikendalikan oleh Encik Hafiz Mustapha atau lebih dikenali sebagai Cutecarry, Perunding Imej, seorang pakar pengurusan imej yang terkenal. Bengkel yang dikendalikannya merangkumi aspek pengurusan imej, penampilan dan penggayaan diri, adab, tingkahlaku, etiket serta pemilihan warna.  Selain daripada ceramah, beliau juga telah memberikan demonstrasi serta melibatkan diri peserta dalam aktiviti penampilan diri.

Dalam dunia pekerjaan masa kini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan dengan pengurusan imej dan penampilan diri bukan sahaja untuk kelihatan profesional dan anggun tetapi juga untuk menjadikan individu dihormati dan disenangi.

Antara beberapa objektif Seminar ini adalah:

  • membolehkan peserta memahami personaliti mereka sendiri;
  • memberi kefahaman tentang konsep personaliti dan imej diri;
  • membantu peserta menguruskan imej dan juga penampilan selain menyesuaikan imej dan penampilan dengan suasana, persekitaran, majlis dan juga etika;
  • menyerlahkan potensi diri agar tampil lebih berkarisma dan bergaya; dan
  • meningkatkan keyakinan diri peserta.

Adalah dianggarkan seramai 150 pegawai dan kakitangan BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia telah menghadiri Seminar tersebut.

01 IMEJ DAN PENAMPILAN DIRI
Penceramah, Encik Hafiz Mustapha/ Cutecarry, Perunding Imej terkenal


 02 IMEJ DAN PENAMPILAN DIRI

03 IMEJ DAN PENAMPILAN DIRI

04 IMEJ DAN PENAMPILAN DIRI
Antara Pegawai dan kakitangan BHEUU, JBG dan Mdl yang turut hadir seminar tersebut

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI