• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015 BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015 BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG, JABATAN PERDANA MENTERI

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 peringkat Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah diadakan pada 3 Ogos 2015 (Isnin), bermula jam 11:30 pagi hingga 2:00 petang. Majlis ini berlangsung di Perkarangan Lobi & Laman Hijau, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu antaranya Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup- Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan isteri, Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Yang Amat Arif Tun Arifin bin Zakaria- Pengerusi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar- Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Yang Berusaha Tuan Roslan bin Hj Abu Bakar- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, warga Pejabat Yang Berhormat Hajah Nancy Shukri, Pengurusan Tertinggi BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman (JBG), Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan seluruh warga BHEUU, JBG (Ibu Pejabat) dan MdI (Ibu Pejabat).

Warna oren telah dipilih sebagai warna tema pada majlis kali ini. Sebanyak 11 buah gerai menyediakan juadah istimewa seperti Nasi Arab, Laksa Sarawak, kambing panggang, lemang, rendang, sate, nasi impit, kuah kacang, buah-buahan, pelbagai jenis kek dan kuih-muih, cendol serta minuman. Selain daripada melawat gerai, Yang Berhormat Menteri dan tetamu kehormat turut di bawa melawat ke Sudut Prihatin – Gempa Bumi Sabah dan photo booth yang disediakan di perkarangan lobi.

Secara keseluruhannya, majlis ini berlangsung meriah dan berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara tetamu kehormat yang dijemput dengan warga jabatan BHEUU, JBG dan MdI.

01 RAYA2015
YB Hajah Nancy Shukri berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya BHEUU Tahun 2015.

02 RAYA2015YB Hajah Nancy Shukri memasukkan sumbangan beliau ke dalam Tabung Mangsa Gempa Bumi Sabah.

 03 RAYA2015

YB Hajah Nancy Shukri meluangkan masa melawat dan bergambar di photo booth di perkarangan lobi BHEUU. 04 RAYA2015YB Hajah Nancy Shukri dibawa melawat ke gerai-gerai juadah yang disediakan.


 05 RAYA2015
YB Hajah Nancy Shukri mengedarkan juadah kambing panggang kepada warga BHEUU, JBG dan MdI.

06 RAYA2015
Antara warga Jabatan yang hadir memeriahkan majlis.