CERAMAH KEUTUHAN BIL.8/2015- "MENCUNGKIL RAHSIA INTEGRITI DIRI”

PUTRAJAYA, 9 Julai 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah menganjurkan Ceramah Keutuhan bertajuk “Mencungkil Rahsia Integriti Diri” yang disampaikan oleh Encik Shahrul Ramadhan Al – Mubarak, pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Integriti ditakrifkan sebagai kualiti terpuji dan mempunyai prinsip moral yang kuat. Integriti juga bolehlah dimaksudkan sebagai satu standard moral yang membayangkan kualiti bersih, amanah dan boleh dipercayai. Wujudnya keperluan terhadap integriti bermula daripada kesedaran bahawa setiap manusia perlu mempunyai kualiti mulia selaras dengan martabatnya sebagai pemimpin atau khalifah Tuhan di dunia ini. Tuhan menurunkan agama sebagai panduan untuk mengekalkan tahap integriti manusia sebagai khalifah atau pentadbir alam ini. Melalui agama, manusia diajar mengenali kualiti moral atau akhlak mulia yang perlu ada pada diri mereka.
Warga BHEUU, JBG dan Mdl diingatkan bahawa Integriti adalah nilai yang bermula dari dalam diri manusia. Ia tumbuh dari kesedaran fitrah dan bermula di hati. Ia kemudiannya meresap ke minda dan emosi. Akhirnya integriti dipamerkan oleh tubuh fizikal melalui tingkah-laku.
Adalah dianggarkan seramai 100 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah keutuhan tersebut.

1CERAMAH KEUTUHAN BIL82015 MENCUNGKIL RAHSIA INTEGRITI DIRI

Penceramah, Encik Shahrul Ramadhan Al – Mubarak, pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia

2CERAMAH KEUTUHAN BIL82015 MENCUNGKIL RAHSIA INTEGRITI DIRI

3CERAMAH KEUTUHAN BIL82015 MENCUNGKIL RAHSIA INTEGRITI DIRI

4CERAMAH KEUTUHAN BIL82015 MENCUNGKIL RAHSIA INTEGRITI DIRI

Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir ke ceramah integriti

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI