CERAMAH KEUTUHAN BIL.7/2015- “RAMADHAN : BETUL VS SALAH”

PUTRAJAYA, 26 Jun 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah menganjurkan Ceramah Ramadhan bertajuk “Ramadhan: Betul vs Salah” yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nadzri bin Hj Mustakim. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Harmoni BHEUU pada 26 Jun 2015.
Ramadhan adalah bulan untuk menyucikan dosa (jasmani dan rohani). Rasanya seperti baru sahaja umat Islam menerima panggilan Ramadhan, kini ia kembali lagi memanggil dan menyeru umat Islam untuk hadir sekali gus meraikan rahmat dan kasih sayang Allah yang melimpah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Warga BHEUU, JBG dan Mdl diingatkan supaya mendapat ilmu yang lebih mendalam tentang bagaimana membezakan perbuatan betul atau salah semasa Ramadhan dan dinasihatkan agar berusaha untuk mendapatkan pahala yang berlipat kali ganda.
Adalah dianggarkan seramai 100 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah ramadhan tersebut.

1CERAMAH KEUTUHAN BIL72015 RAMADAN BETUL VS SALAH

Penceramah, Ustaz Mohd Nadzri bin Hj Mustakim

2CERAMAH KEUTUHAN BIL72015 RAMADAN BETUL VS SALAH

3CERAMAH KEUTUHAN BIL72015 RAMADAN BETUL VS SALAH

4CERAMAH KEUTUHAN BIL72015 RAMADAN BETUL VS SALAH

Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir ke ceramah ramadhan

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI