• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2015

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2015

PUTRAJAYA, 15 JUN 2015 – BHEUU telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Jabatan Perdana Menteri Tahun 2015 yang diadakan di Dewan D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor dan disertai tujuh (7) orang ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif BHEUU (V@4) iaitu Encik Akhmal Abu Basar, Puan Nurul Azwin Junaidi, Encik Mohammad Firdhaus Md. Dah, Encik Sahrun Amzah, Puan Sahida Harun, Puan Nor Wahida Abd. Muntak, Puan Nazatul Syariha Osman dan Puan Mahnum Daud. Turut hadir bersama semasa pembentangan sebagai pemerhati ialah YBhg. Dato’ Nursiah Arshad Ketua Pengarah BHEUU, beliau juga memberikan sokongan padu bagi membuktikan KIK BHEUU juga mampu bersaing. BHEUU telah mengetengahkan projek V@4 ke penyertaan tersebut. Projek tersebut bertajuk Kesukaran Mencari maklumat Tanah. Seramai tiga (3) orang ahli panel yang menjadi juri untuk sesi viva ialah Encik Hussein Mohd Ariff (MACRI), YBrs. Dr. Abdul Ghani Mohamad Hashim (SIRIM) dan Puan Shezlina Zakaria (MPC) manakala juri bagi persembahan dan pameran ialah YBrs. Dr. Norfilzatun Borhan (KKM), Encik Nik Abd Kadir Nik Mohamad (KBS) dan Tuan Haji Ahmad Murshid Abu (MPC). Wakil BHEUU diberikan masa selama 15 minit bagi setiap persembahan dan 15 minit lagi untuk sesi VIVA. Wakil BHEUU berjaya mengemukakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya dengan baik. Maklum balas yang diberikan oleh ahli panel sangat baik. BHEUU Berjaya mendapat Anugerah persembahan terbaik.

1KIK PERINGKAT JPM 2015

Kumpulan V@4 sedang membuat pembentangan Kesukaran Mencari Maklumat Tanah

 

2KIK PERINGKAT JPM 2015

Dato’ Nursiah Arshad selaku Ketua Pengarah BHEUU hadir memberi sokongan kepada wakil BHEUU sebelum membuat persembahan

 

3KIK PERINGKAT JPM 2015

Booth BHEUU sedang dilawat oleh YBhg. Datuk Seri Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM