PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU JUN 2015

Putrajaya, 10 JunYBrs. Puan Siti Zawahir Mohamed, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman berkata bahawa perpaduan dan keharmonian dalam organisasi adalah penting. Beliau berkata sama ada kita mahu atau tidak, kepentingan diri sendiri perlu diketepikan agar perpaduan sesebuah organisasi terjamin dan menjadi harmoni serta cemerlang.
Tambah beliau, kelemahan sifat manusia menyebabkan perkelahian. Halangan bagi mencapai perpaduan dalam organisasi adalah tata kelakuan yang negatif dalam kalangan warga kerja.
Beliau berkata peningkatan rasa hormat dan kasih sayang dapat memupuk perpaduan. Perpaduan bermula dari diri setiap warga kerja dan ia merupakan milik bersama. Walaupun diberi kebebasan bersuara, perbuatan mengutuk orang lain adalah penghalang kepada perpaduan dan kecemerlangan organisasi.
Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan di sini hari ini.


01 PERHIMPUNAN BHEUU JUN

Ucapan oleh YBrs. Puan Siti Zawahir bin Mohamed, Ketua Pengarah JBG

02 PERHIMPUNAN BHEUU JUN

03 PERHIMPUNAN BHEUU JUN

04 PERHIMPUNAN BHEUU JUN

Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa perhimpunan bulanan Jun 2015

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI