MAJLIS PELANCARAN LEGAL FORUM 4U & ME

PUTRAJAYA, 28 APRIL 2015 - Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia (JPUUM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Legal Forum 4U & Me pada 28 April 2015 di Dewan Harmoni, Aras 2, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang.

Majlis Pelancaran ini diadakan untuk memperkenalkan Legal Forum 4U & Me secara rasmi kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Institusi Pendidikan Tinggi sebagai usaha JPUUM untuk menggalakkan penglibatan golongan muda khususnya mahasiswa dan golongan akademia dalam proses pembaharuan undang-undang.

YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyatakan bahawa Pembaharuan undang-undang seharusnya dilihat sebagai satu pembudayaan yang berterusan dan tidak terhenti di satu titik penamat. Oleh yang demikian, setiap pihak yang terlibat dalam pembaharuan undang-undang tidak kira pemegang dasar, pakar undang-undang atau rakyat sendiri harus sentiasa sedar dan ingat bahawa pembaharuan undang-undang adalah bersifat berterusan selagi mana ada pembangunan dan perubahan sosial yang didorong oleh faktor-faktor dalaman atau luaran.

Majlis ini telah dihadiri oleh wakil Kementerian/Jabatan, Dekan Fakulti Undang-Undang, para pensyarah dan mahasiswa dari institusi pendidikan tinggi awam dan swasta.

JPUUM mengalu-alukan lebih banyak pihak atau agensi untuk tampil memberi sokongan serta berkolaborasi dalam proses engagement berkaitan pembaharuan undang-undang.

Ucapan Perasmian oleh YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 

Para Tetamu Jemputan Majlis Pelancaran Legal Forum 4U & Me

 

 

Gimik Pelancaran Legal Forum 4U & Me

 

Sesi Forum bertajuk ‘Pembaharuan Undang-Undang – Aspirasi & Harapan’ oleh ahli panel yang terdiri daripada (dari kiri) YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, Penasihat Undang-Undang UiTM, YBhg. Profesor Gurdial Singh Nijar, Universiti Malaya, Dato’ Saifuddin Abdullah, CEO Global Movement of Moderates dan YBhg. Abang Dato’ Haji Ariffin bin Abang Haji Bohan Peguambela dan Peguamcara sebagai moderator