PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU APRIL 2015

Putrajaya, 14 April – YBrs. Puan Haslina binti Mansor, Ketua Pengarah Insolvensi, berkata, untuk meningkatkan keupayaan bekerja, seseorang harus mempunyai rasa keseronokan bekerja. Kerja perlu dilakukan untuk kesinambungan kehidupan.

Beliau berkata keseronokan bekerja boleh dicapai melalui empat (4) cara, iaitu memahami bahawa pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah, bekerja adalah untuk kepuasan diri, bekerja mengeratkan silaturahim dan bekerja mencetuskan suasana ceria melalui pakaian dan pertukaran pendapat di tempat kerja.

Beliau turut menjelaskan mengenai kebaikan GST untuk pembangunan Negara yang akhirnya dapat dikecapi oleh rakyat. Beliau menyeru agar warga BHEUU, JBG dan MdI menyokong setiap dasar yang ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

01 PERHIMPUNAN APRIL

Ucapan oleh YBrs. Puan Haslina binti Mansor, Ketua Pengarah Insolvensi

02 PERHIMPUNAN APRIL

03 PERHIMPUNAN APRIL
Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa perhimpunan bulanan April 2015

04 PERHIMPUNAN APRIL
Tahniah kepada Encik Sheikh Farhan bin Ahmad,
penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Mac 2015

05 PERHIMPUNAN APRIL
Tahniah kepada Puan Nurul Aishah binti Karis,
penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU bagi bulan Mac 2015

06 PERHIMPUNAN APRIL
Tahniah kepada Encik Ariff bin M Sulaiman,
penerima Anugerah Pekerja Contoh JBG bagi bulan Mac 2015

07 PERHIMPUNAN APRIL
Tahniah kepada Puan Prema Raghaven, pemenang Senyum Menawan 2015

08 PERHIMPUNAN APRIL
Tahniah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah KSK

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI