CERAMAH INTEGRITI : KERJA SEBAGAI SATU IBADAH

PUTRAJAYA, 3 April 2015 – Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan kerjasama Unit Integriti telah menganjurkan Ceramah Integriti bertajuk “Kerja sebagai Satu Ibadah” yang disampaikan oleh YBrs. Dr. A. Bakar Sarpon, Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia.


Kerja bermaksud “Kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau pun ganjaran”. Ibadah bermaksud “Kepatuhan dan ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah SWT yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya”. Kerja sebagai ibadah bermaksud “tugas atau tanggungjawab bagi meraih pendapatan dan keredhaan Allah”.


Warga BHEUU, JBG dan Mdl diingatkan untuk menghayati pelbagai nilai etika agar kerja seharian yang dilakukan dapat dianggap sebagai ibadah misalnya mestilah amanah, jujur dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas.


Adalah dianggarkan seramai 100 orang warga BHEUU, JBG dan Mdl telah menghadiri ceramah integriti tersebut.

01 INTEGRITI 

Penceramah, YBrs. Dr. A. Bakar Sarpon, Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia.

 02 INTEGRITI

03 INTEGRITI

04 INTEGRITI 

Antara warga BHEUU, JBG dan Mdl yang hadir ke ceramah integriti

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI