• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • MESYUARAT KAJIAN SEMULA PERANCANGAN STRATEGIK BIL.1/2015 BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

MESYUARAT KAJIAN SEMULA PERANCANGAN STRATEGIK BIL.1/2015 BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

PUTRAJAYA, 19 Jan 2015 – Selaras dengan usaha memampankan fungsi dan peranan BHEUU, Mesyuarat Kajian Semula Perancangan Strategik yang dianjurkan oleh Seksyen Sumber Manusia, BHEUU telah diadakan di Marina Putrajaya pada 19 Januari 2015.

Objektif penganjuran mesyuarat ini adalah untuk memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi BHEUU, memastikan setiap Seksyen membangunkan sasaran kerja tahunan yang selaras dengan kandungan pelan strategik ini, menjadi sumber rujukan bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan di BHEUU dan memperjelaskan hala tuju Pentadbiran BHEUU bagi tempoh lima (5) tahun akan datang (2015-2019).

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Noor Haliza Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) dan dihadiri oleh Pengarah-pengarah Seksyen dan Pegawai-Pegawai Kanan BHEUU.

Melalui inisiatif ini, BHEUU berupaya mendapatkan keputusan bersama bagi membantu mencapai aspirasi Misi dan Visi BHEUU.

01 MESYUARAT KAJIAN STRATEGIK BHEUU

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Datin Noor Haliza Mohd Noor,
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Pembangunan) BHEUU

02 MESYUARAT KAJIAN STRATEGIK BHEUU

03 MESYUARAT KAJIAN STRATEGIK BHEUU

04 MESYUARAT KAJIAN STRATEGIK BHEUU

Ahli-ahli mesyuarat termasuk Pengarah-Pengarah Seksyen dan Pegawai-pegawai kanan BHEUU