PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 1/2015

Putrajaya, 15 Januari 2015 – YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyarankan pegawai dan kakitangan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Bantuan Guaman (JBG) dan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) mengamalkan budaya kerja berorientasikan masyarakat. Beliau berkata kesungguhan dalaman yang tinggi untuk membantu rakyat menyelesaikan masalah perlu ada pada semua anggota BHEUU, JBG dan MdI.

Beliau berkata, pembukaan tahun baharu 2015 diharap menjadi titik permulaan mengorak langkah serta bergandingan bahu untuk memantapkan lagi fungsi dan peranan masing-masing memperkasakan sistem pentadbiran keadilan Negara melalui penyediaan prasarana dan pembaharuan undang-undang.

“ Saya berharap ketiga-tiga agensi dapat meningkatkan lagi kerjasama dengan lebih erat serta semangat bersatu padu dan kesefahaman bersama “, kata YB Hajah Nancy Shukri.

Beliau juga mengingatkan semua anggota BHEUU, JBG dan MdI akan cabaran yang dihadapi Negara pada masa kini mengenai keamanan, keselamatan dan keharmonian Negara.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perhimpunan Bulanan BHEUU, JBG dan MdI di sini hari ini.

01 Perhimpunan bulan jan2015

02 Perhimpunan bulan jan2015

03 Perhimpunan bulan jan2015

04 Perhimpunan bulan jan2015

Upacara Penyerahan dan Pelancaran Sistem Insolvensi Bersepadu (INSIST)

05 Perhimpunan bulan jan2015

06 Perhimpunan bulan jan2015

07 Perhimpunan bulan jan2015

Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU, JBG dan MdI bagi bulan Disember 2014

08 Perhimpunan bulan jan2015

09 Perhimpunan bulan jan2015

Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh Tahun 2014 BHEUU dan MdI

10 Perhimpunan bulan jan2015

11 Perhimpunan bulan jan2015

Semasa sidang media diadakan

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI