BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI

Putrajaya, 12 Disember 2014 – Seksyen Sumber Manusia, BHEUU dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka telah menganjurkan Bengkel Penulisan Dokumen Rasmi bertempat di Dewan Harmoni pada 12 Disember 2014.
Bagi melancarkan perjalanan bengkel, seorang wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Encik Zaidi Ismail telah dijemput untuk bertindak sebagai fasilitator bengkel. Manakala para peserta daripada BHEUU yang hadir adalah seramai 25 orang di mana mereka merupakan wakil daripada setiap Seksyen di BHEUU.

Bengkel ini dianjurkan dengan tujuan untuk:

  1. Memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa Melayu baku di kalangan pegawai/kakitangan BHEUU dengan menggunakan laras bahasa Melayu baku yang berkualiti di dalam penyediaan surat/ memo; dan
  2. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mengenal pasti jenis kesalahan umum tatabahasa dalam dokumen rasmi dan mengelakkannya dari terus berulang.

Secara keseluruhannya, bengkel ini sangat memberi manfaat kepada peserta kerana sedikit sebanyak membantu mereka dalam penyediaan dokumen rasmi kerajaan seperti surat, memo dan minit mesyuarat yang berkualiti.

 1 BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI

Penceramah dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Encik Zaidi Ismail

 

2 BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI

3 BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI

4 BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI

5 BENGKEL PENULISAN DOKUMEN RASMI
Antara peserta yang hadir Bengkel tersebut

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI