CERAMAH KEUTUHAN "HAK-HAK WANITA – SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS BERKAHWIN”

PUTRAJAYA, 10 Disember 2014 – Satu Ceramah Keutuhan bertajuk 'hak-hak wanita - sebelum, semasa dan selepas perkahwinan', dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) telah diadakan di Dewan Harmoni, BHEUU. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Noor Hadina Ahmad Zabidi, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Jabatan Bantuan Guaman.

Objektif utama ceramah ini adalah untuk membincangkan isu dilema wanita yang akan dan telah dirasai oleh kebanyakan wanita. Isu-isu keluarga dan kerja-kerja berkaitan dengan pengorbanan dan pengurusan masa adalah antara isu yang dikupas. Ada yang dapat merancang dengan baik tetapi ada yang gagal. Wanita di Malaysia seperti di negara-negara lain, mempunyai pelbagai kekangan dan halangan-halangan. Penderaan mental dan fizikal, penderaan seksual, suami berkahwin lain dan suami tidak memberikan nafkah adalah sebahagian daripada situasi yang biasa kita dengar berlaku yang akhirnya penceraian menjadi penyelesaian kepada semua masalah.

Adalah dianggarkan seramai 100 pegawai dan kakitangan BHEUU, Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia telah menghadiri ceramah tersebut termasuk Encik M. Kamroldin bin Hitam, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU.

1 CERAMAH KEUTUHAN

Penceramah, Puan Noor Hadina Ahmad Zabidi, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah), Jabatan Bantuan Guaman.

2 CERAMAH KEUTUHAN

 

3 CERAMAH KEUTUHAN

4 CERAMAH KEUTUHAN

5 CERAMAH KEUTUHAN

Antara Pegawai dan kakitangan BHEUU, JBG dan Mdl yang turut hadir ceramah tersebut

 

6 CERAMAH KEUTUHAN

Pemberian Cenderamata kepada penceramah oleh En. M Kamroldin bin Hitam, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU.

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI