• Laman Utama
  • Arkib
  • Berita
  • 2015-2014
  • MAJLIS BERSAMA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN MASYARAKAT SIVIL (CSO) DALAM MENJAYAKAN KAJIAN DASAR PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA KEBANGSAAN (NHRAP)

MAJLIS BERSAMA PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) DAN MASYARAKAT SIVIL (CSO) DALAM MENJAYAKAN KAJIAN DASAR PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA KEBANGSAAN (NHRAP)

Bangi, 13 November – YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan atau National Human Rights Action Plan (NHRAP) bagi Malaysia adalah penting selaras dengan perkembangan dunia dan era globalisasi di mana isu-isu hak asasi manusia semakin menjadi tumpuan.

Beliau berkata, walau pun di Malaysia tidak terdapat isu pelanggaran hak asasi manusia yang sangat serius seperti pembunuhan beramai-ramai atau kekejaman seperti di beberapa buah negara pada masa ini, kita tetap mempunyai isu-isu hak asasi manusia sendiri yang perlu ditangani.

Beliau menambah, United Nations Human Rights Council (UNHRC) akan menilai tahap pemeliharaan hak asasi manusia di Malaysia setiap 4 tahun melalui proses Penilaian Penggalan Sejagat atau Universal Periodic Review (UPR). Pada tahun 2009, Malaysia menerima rekomendasi untuk membangunkan sebuah NHRAP.

Pembangunan pelan ini kelak akan tertumpu kepada 5 teras utama iaitu hak sivil dan berpolitik; hak ekonomi, sosial, agama dan kebudayaan; hak golongan rentan; hak orang asal/orang asli serta kewajipan antarabangsa. Pembangunannya akan mengambil kira keperluan stakeholders dan orang awam selaras dengan dasar Kerajaan yang berlandaskan kepada Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Beliau berkata demikian semasa perasmian Majlis Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil (CSO) dalam menjayakan Kajian Dasar Pembangunan Pelan Tindakan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRAP) di Hotel Putrajaya–Bangi, Selangor hari ini.

rasmi nhrap1

rasmi nhrap2

rasmi nhrap3

rasmi nhrap4