LAWATAN KERJA PENGARAH DAN KAKITANGAN SEKSYEN PEMBANGUNAN KE KOMPLEKS MAHKAMAH KUANTAN, PAHANG

Kuantan,  Pahang  11 November 2014 – Lawatan kerja sehari  ke Kompleks Mahkamah Kuantan yang diketuai oleh Encik Abd Nasir Ahmad, Pengarah Seksyen Pembangunan bersama 19 pegawai BHEUU bertujuan untuk dijadikan asas bagi perancangan projek yang akan datang.

Berdasarkan taklimat yang disampaikan oleh Encik Sufian Bin Yusof  yang mewakili pihak Mahkamah Kuantan , pembinaan kompleks ini telah bermula sejak Julai 2009 dan siap sepenuhnya pada Julai 2012 yang menelan belanja sebanyak 157 juta dengan keluasan11.01 ekar di Lot Pt 55832, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Komponen utama bagi kompleks tiga tingkat  ini terdiri daripada 3 bilik bicara Mahkamah Tinggi, 10 bilik bicara Mahkamah Sesyen dan 10 bilik bicara bagi Mahkamah Majistret serta bilik-bilik sokongan yang lain. Pihak pentadbiran juga telah mempunyai perancangan yang komprehensif bagi memastikan penggunaan keseluruhan ruang adalah secara optimum.

 

1LAWATAN KERJA MAHKAMAH KUANTAN

Pandangan hadapan Kompleks Mahkamah Kuantan

 

2LAWATAN KERJA MAHKAMAH KUANTAN 

Salah satu Bilik Bicara di Kompleks Mahkamah Kuantan

 

3LAWATAN KERJA MAHKAMAH KUANTAN

Penyampaian cenderahati daripada pihak BHEUU kepada pihak Mahkamah Kuantan

 

4LAWATAN KERJA MAHKAMAH KUANTAN

Sesi fotografi antara BHEUU bersama kakitangan Mahkamah Kuantan

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI