PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL. 8/2014
Putrajaya, 4 September 2014 – YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Ibrahim, Ketua Pengarah BHEUU menekankan tiga (3) perkara penting dalam sesebuah organisasi yang berjaya iaitu keseronokan bekerja, organisasi cemerlang dan kerjasama yang erat sesama pekerja.
Dalam ucapan Perhimpunan Bulanan BHEUU dan yang akhir bersama pegawai dan anggota BHEUU, JBG dan MdI sebelum persaraan beliau, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh anggota BHEUU, JBG dan MdI yang telah memberi kerjasama yang baik semasa beliau memegang jawatan Ketua Pengarah BHEUU.
Beliau mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada BHEUU, JBG dan MdI.
Ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Ismail bin Ibrahim, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
KP BHEUU bersama KP JBG dan TKPI MdI semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU
YBhg. Dato Haji Ismail bin Ibrahim, Ketua Pengarah BHEUU menerima Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 daripada SIRIM QAS International SDN BHD
Selamat datang kepada Encik Abd Nasir bin Ahmad
Pengarah Seksyen Pembangunan BHEUU
Selamat datang kepada Puan Salmiah binti Ismail
Pengarah Seksyen Pengurusan Maklumat BHEUU
Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU, JBG dan MdI bagi bulan Julai 2014
Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU, JBG dan MdI bagi bulan Ogos 2014
Tahniah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Hari ICT 2014