PUTRAJAYA , 3 Julai 2014 – YBrs. Puan Haslina binti Mansor, Ketua Pengarah MdI menyarankan semua warga BHEUU, JBG dan MdI terus menyokong usaha pembudayaan integriti dalam menjalankan tugas harian. Beliau menjelaskan integriti merupakan cabaran kepada usaha transformasi kerajaan untuk menuju Wawasan 2020.
Beliau mengingatkan, dalam konteks ini semua warga BHEUU, JBG dan MdI perlu mematuhi waktu bekerja penjawat awam. Beliau berharap semua warga kerja tidak berada di luar pejabat semasa waktu bekerja.
Beliau berkata selaras dengan amalan dalam bulan Ramadan yang menerapkan nilai integriti, disiplin, kerja berpasukan dan menghormati ketua, sewajarnya nilai-nilai ini diamalkan berterusan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Beliau berharap semua warga kerja mengekalkan momentum kecemerlangan dalam melaksanakan tugas.
Beliau berkata demikian semasa Perhimpunan Bulanan warga BHEUU, JBG dan MdI di sini hari ini.

1PERHIMPUNAN BHEUU BULAN JULAI 2014


Ucapan oleh YBrs. Puan Haslina binti Mansor Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)

 

2PERHIMPUNAN BHEUU BULAN JULAI 2014

3PERHIMPUNAN BHEUU BULAN JULAI 2014

4PERHIMPUNAN BHEUU BULAN JULAI 2014


Warga BHEUU, JBG dan MdI semasa perhimpunan bulan Julai 2014


5PERHIMPUNAN BHEUU BULAN JULAI 2014

6PERHIMPUNAN BHEUU BULAN JULAI 2014

Tahniah kepada penerima Anugerah Pekerja Contoh BHEUU dan MdI bagi bulan Jun 2014

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI