PERASMIAN PROGRAM PEMBUDAYAAN ICT BHEUU 2014

Berita Terkini bullet go Perasmian Program Pembudayaan ICT BHEUU 2014

PUTRAJAYA 18 Jun 2014 – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) buat kali kedua telah menganjurkan Hari Pembudayaan ICT BHEUU. Perasmiannya pada Rabu, 18 Jun 2014 dengan tiga (3) pertandingan berkonsep ICT dijalankan serentak iaitu PC Challenge (memasang PC) di Dewan Harmoni, Teka Silang Kata dan Mencipta Montaj secara atas talian.


Pertandingan ICT diadakan bertujuan untuk mengenal dan memasang PC (PC Challenge), mencari dan mengetahui ilmu ICT melalui Teka Silang Kata dan menggunakan kreativiti minda dalam Mencipta Montaj . Ketua Pengarah BHEUU, YBhg. Dato’ Ismail bin Ibrahim dalam ucapannya mengingatkan semua warga BHEUU, JBG dan MdI supaya memahami dan mematuhi Dasar Keselamatan ICT BHEUU versi 2.0 yang berkuat kuasa Januari 2013.


Pemenang bagi setiap pertandingan akan disampaikan semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Julai nanti.

1PERASMIAN PROGRAM PEMBUDAYAAN ICT BHEUU 2014

YBhg. Ketua Pengarah BHEUU menyampaikan ucapan perasmian

 

2PERASMIAN PROGRAM PEMBUDAYAAN ICT BHEUU 2014

YBhg. Ketua Pengarah BHEU melancarkan gimik perasmian

 

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI