LAWATAN BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (BHEUU) KE BERNAMA

Kuala Lumpur, 25 Jun 2014 – Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) membuat lawatan ke BERNAMA hari ini dalam usahanya melebarkan jaringan perhubungan baik antara kedua-dua pihak. Lawatan seramai 27 orang Pegawai dan anggota BHEUU selama 2 jam itu diketuai Encik M.Kamroldin Itam, Pengarah Seksyen Kewangan BHEUU yang kini menanggung kerja sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU.
Turut hadir bersama rombongan lawatan ialah YBrs. Dr. Nor Mazny Abdul Majid, Pengarah Seksyen Dasar, YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan serta Cik Syeliza Basri, Setiausaha Akhbar kepada YB Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Rombongan Lawatan BHEUU di alu-alukan oleh YBhg. Datuk Zakaria Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarang menyampaikan taklimat mengenai BERNAMA yang memulakan operasi pada tahun 1968.

1LAWATAN BHEUU KE BERNAMA

2LAWATAN BHEUU KE BERNAMA

3LAWATAN BHEUU KE BERNAMA

5LAWATAN BHEUU KE BERNAMA

6LAWATAN BHEUU KE BERNAMA

7LAWATAN BHEUU KE BERNAMA

Rombongan Lawatan BHEUU ke BERNAMA, 25 Jun 2014

 

 

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • MAMPU
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI