BERITA PERHIMPUNAN BULANAN BHEUU BIL.2/2018

Putrajaya, 15 Februari– YBhg. Datuk Haini binti Hassan, Ketua Pengarah JBG menyeru warga kerja BHEUU, MdI dan JBG untuk mengamalkan sikap bahawa kerja adalah ibadah. Beliau berkata sama ada seseorang itu pekerja, majikan atau suri rumahtangga, ia mesti mengamalkan konsep kerja sebagai ibadah.

Beliau berkata, walau apapun jenis pekerjaan, pekerjaan yang baik adalah sebagai ibadah. Dengan kefahaman demikian kita dapat dan perlu komited dengan kerja-kerja yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Beliau berharap warga kerja dapat melaksanakan setiap pekerjaan yang baik dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Beliau menambah setiap pekerjaan mempunyai nilai moral dan nilai keimanan. Justeru keperluan kepada pengurusan masa, kehadiran dalam waktu kerja dan tidak terlibat dengan aktiviti membuang masa perlu diamalkan oleh setiap warga kerja.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan BHEUU di sini hari ini.

1

Ucapan oleh YBhg. Datuk Haini Binti Hassan,
Ketua Pengarah JBG.

 

2

 

 

3

Warga BHEUU, MdI dan JBG semasa Perhimpunan Bulanan BHEUU Bil.2/2018.

 

4

Tahniah kepada Puan Nasibah Binti Ariffin,
Pembantu Tadbir (P/O), N19 dari Pengurusan Sumber Manusia sebagai Pekerja Contoh Bulanan BHEUU Kumpulan Pelaksana bagi bulan Januari 2018.

 

4

Tahniah kepada Puan Sarimah Binti Ali,
Pembantu Tadbir (P/O),N19 dari Bahagian Likuidasi sebagai Pekerja Contoh Bulanan MdI Kumpulan Pelaksana bagi bulan Januari 2018.

 

4

Tahniah kepada Puan Fifi Liana Binti Nasrun,
Penolong Akauntan (KUP)W29 dari Unit Kewangan Dan Akaun sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Disember 2017.

 

4

Tahniah kepada Puan Azira Binti Che Yusoff,
Pembantu Syariah,LS19 dari JBG Pulau Pinang sebagai Pekerja Contoh Bulanan JBG Kumpulan Pelaksana bagi bulan Januari 2018.

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI