1. Mahkamah Baharu Ampang, Selangor

Mahkamah Ampang, Selangor ini didirikan di atas tanah seluas 2.558 ekar di Lot 62020 Seksyen 15, Mukim Bandar Ampang, Ulu Langat, Selangor. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RM)ke-10 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baharu dengan skop projek 10 bilik bicara iaitu 4 buah Mahkamah Sesyen dan 6 Mahkamah Majistret. Projek yang dimulakan pada 14 Mac 2017 ini mengambil masa selama 54 bulan dan dijangka siap pada 9 September 2019.

ampang1
Reka bentuk Mahkamah Baharu Ampang, Selangor


M2
Kerja-kerja pembinaan column dan beam aras 1 sedang giat dilaksanakan

 

2. Kompleks Mahkamah Baharu Kota Bharu, Kelantan

Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan ini didirikan di atas tanah seluas 6.73 ekar di Mukim Kota, Kota Bharu, Kelantan. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RM)ke-10 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baharu dengan skop projek 13 bilik bicara iaitu 3 buah Mahkamah Tinggi, 5 buah Mahkamah Sesyen dan 5 Mahkamah Majistret. Projek yang dimulakan pada 2 Jun 2016 ini mengambil masa selama 48 bulan dan dijangka siap pada 1 April 2019 iaitu setahun lebih awal daripada tarikh perancangannya.

1
Reka bentuk Kompleks Mahkamah Baharu Kota Bharu, Kelantan

M3
Kerja penyediaan mock up bilik bicara sedang dilaksanakan

 

3. Kompleks Mahkamah Baharu Kangar, Perlis

Kompleks Mahkamah Baharu Kangar, Perlis ini didirikan di atas tanah seluas 9 ekar di Mukim Seriab, Kangar. Projek ini diluluskan dalam Rancangan Malaysia (RM)ke-10 yang melibatkan kerja-kerja pembinaan sebuah bangunan baharu dengan skop projek 5 bilik bicara iaitu 1 Mahkamah Tinggi, 2 Mahkamah Sesyen dan 2 Mahkamah Majistret. Kerja-kerja tanah telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2016. Kerja-kerja infrastruktur (pembinaan bangunan) dijangka akan dimulakan pada 17 Oktober 2016 yang akan mengambil masa selama 26 bulan dan dijangka siap pada 8 Disember 2018.

1
Rekabentuk Mahkamah Baharu Kangar

M4
Kerja-kerja penyiapan lantai aras tanah sedang dilaksanakan

  • MyGov
  • JPM
  • KSN
  • KD
  • PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
  • AGC
  • JPA
  • SUHAKAM
  • JBG
  • MdI