AKTIVITI PENYELENGGARAAN PORTAL BERJADUAL

ONLOAD TEST GENSET

Aktiviti onload test Genset akan dilaksanakan oleh penyelenggara Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang sekurang-kurangnya enam (6) kali setahun seperti yang diarahkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Berikut adalah jadual pelaksanaan Onload Test Genset di Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang bagi tahun 2016.

onload Test Genset 2016

Aktiviti onload test Genset ini akan menyebabkan gangguan capaian terhadap semua perkhidmatan sistem aplikasi BHEUU, MdI dan JBG yang dicapai melalui rangkaian termasuk Sistem Pengurusan Kes Jabatan Bantuan Guaman (SPK-JBG), Sistem Carian Kebankrapan dan Penggulungan Syarikat Secara Online (Sistem e-Insolvensi), Sistem E-Mel Jabatan, Portal BHEUU, MdI dan JBG.

Jika berlaku sebarang kesulitan, sila hubungi talian ‘Helpdesk BHEUU’ di talian 03-88851193 atau 03-88851128.