• Laman Utama
  • Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258]
  • Pendaftaran Yayasan
  • Tatacara Permohonan Pemerbadanan Pemegang Amanah

Tatacara Permohonan Pemerbadanan Pemegang Amanah

Dokumen Bagi Tujuan Pendaftaran:
 
  1. Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Permohonan dengan lengkap, kemas dan teratur.
  2. Dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di dalam Senarai Semak hendaklah disediakan dalam 1 salinan dan dikemukakan bersekali dengan Borang Permohonan.
       
Penghantaran Dokumen:
 
  1. Penghantaran sebarang dokumen termasuk borang permohonan hendaklah dilakukan di Kaunter Pertanyaan bertempat di Lobi Menara Selatan BHEUU sahaja.
  2. Yayasan/wakil hendaklah menyediakan surat akuan penerimaan kerana BHEUU tidak menyediakan perkhidmatan fotokopi.
  3. Cop akuan penerimaan akan dibuat oleh Pegawai Khidmat Pelanggan/Polis Bantuan yang bertugas pada hari tersebut.
       
Penetapan Temu Janji Bagi Sesi Konsultansi:
 
  1. Sebarang urusan konsultasi hendaklah melalui temu janji yang telah ditetapkan dan dipersetujui terlebih dahulu oleh kedua-dua belah pihak pelanggan dan BHEUU.
  2. Yayasan/wakil perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi mendapatkan khidmat konsultasi melalui surat rasmi di alamat seperti berikut:

    Ketua Pengarah
    Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
    Jabatan Perdana Menteri
    Aras 6, Bangunan Hal Ehwal Undang-Undang
    Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62692 Putrajaya
    (u.p.: YBrs. Dr. Punitha Silivarajoo
    Pengarah Seksyen Dasar)

  3. Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada pegawai berikut:
    1. Puan Noor Akmar binti Shahran: 03-88851096
      (akmar[dot]shahran[at]bheuu[dot]gov[dot]my);

    2. Encik Luqman bin Mahfodz: 03-88851143
      (luqman[dot]mahfodz[at]bheuu[dot]gov[dot]my); atau

    3. Encik Mohd Fariz Ab Rashid: 03-88851229
      (fariz[dot]rashid[at]bheuu[dot]gov[dot]my); atau

    4. Puan Aryati binti Ismail: 03-88851076
      (aryati[dot]ismail[at]bheuu[dot]gov[dot]my);

  4. Waktu temu janji bagi sesi konsultasi adalah seperti berikut:
    1. Isnin-Khamis :
      9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari; dan
      3.30 petang hingga 4.30 petang
    2. Jumaat :
      9.00 pagi hingga 11.30 pagi; dan
      3.30 petang hingga 4.30 petang

  5. Pelanggan yang hadir tanpa temu janji hanya akan dilayan setelah selesai temu janji yang telah ditetapkan pada hari tersebut.